LATAR BELAKANG MEDICSPA

By 04:56:00


Dengan kepakaran dan penyelidikkan dan pembangunan selama lebih 16 tahun serta penggunaan TEKNOLOGI NANO syarikat pengeluar ini mampu menghasilkan mesin MedicSPA yang cukup cemerlang, malah mendapat pengiktirafan dunia serta diiktiraf sebagai peralatan perubatan hospital. Ia menggabungkan konsep mandian air terjun dan mandian kolam air panas semulajadi dan ditambah dengan kebaikan konsep sains fizik. Ini bermakna, seluruh kebaikan dari konsep mandian air terjun dan mandian kolam air panas semula jadi mampu anda rasai hanya dengan berada di rumah pada bila-bila masa dan ketika mengikut keselesaan anda!Alat generasi ke-3 yang dibangunkan oleh para pakar hidroterapi German, China, Taiwan dan Jepun ini telah mendapat 7 pengiktirafan dunia dari segi jenama ('world branding') – produk berkualiti malah melepasi tahap piawaian Amerika dan Eropah dan telah disahkan selamat diguna tanpa sebarang kesan sampingan. Di  Thailand alat ini telah diiktiraf sebagai peralatan kesihatan dan telah digunapakai di 5 buah hospital; 3 hospital yang telah dikenal pasti ialah; Hospital Mahidol, Hospital Siriraj dan Hospital Phamongkut (hospital tentera). 
SENARIO MASA HADAPAN Abad ke-21 memperlihatkan perkembangan pesat teknologi dan terkini penggunaan teknologi buih sebagai agen pembersih. Teknologi buih telah digunakan sejak sekian lama untuk membasuh pinggan mangkuk hinggalah membasuh buah-buahan. Dengan kemajuan dan penyelidikan yang berterusan alat tersebut telah dapat dipertingkatkan sebagai medium penjagaan kesihatan manusia. Selaras dengan trend perniagaan global, HomeSPA atau MedicSPA diperkenalkan sebagai trend yang akan mengubah gaya hidup dunia amnya.
Trend kehidupan rakyat Malaysia adalah sibuk dengan kerjaya, perbelanjaan sara hidup yang tinggi memaksa ketua keluarga berkerja sepanjang masa untuk mendapat upah yang lebih, manakala anak-anak terpaksa belajar sepanjang masa melangkaui waktu rehat dan malam menjadikan mereka tiada masa untuk bersenam ditambah pula kerap kali mengambil makanan segera atau makan makanan bukan dimasak oleh keluarga. Makanan-makanan yang dijual di luar memang tidak dapat dipastikan kualitinya. Ketidakupayaan melakukan senaman kerana kesuntukan masa, amalan pemakanan yang tidak betul, makanan segera dan makanan tercemar membawa banyak kemudaratan dan menjadikan tahap kesihatan rakyat Malaysia tidak stabil. Laporan-laporan menunjukan tahap kesihatan yang rendah sehingga kanak-kanak pun mendapat sakit jantung di usia muda dan sebagainya. 
MEMAHAMI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI SPA TERKINI 
Teknologi ini merupakan gabungan teknologi timur dan barat. Asas reka bentuk dan penyelidikannya ialah untuk mewujudkan gabungan kolam air panas (hotspring), kesegaran dan kenikmatan air terjun (water fall) di dalam satu bumbung.  Antara kenyataan pakar yang menyatakan “Water and herbs treats almost all illness when applied appropriately” juga dijadikan perkiraan di dalam reka bentuk teknologinya. Hasilnya lahirlah “HOME SPA HYDROTHERAPY ATAU MEDICSPA”.
APA SEBENARNYA MedicSPA ?
Kaedah rawatan SAINS FIZIK menggunakan medium air dan memerlukan penggunaan tub mandi. Mesin SPA mudah alih ini mampu menghasilkan 45 liter tekanan buih-buihan bercas Oksigen (O2), Ion Negatif, Ozon (O3) setiap saat.
Tekanan yang terhasil disalurkan melalui hos dan bertindak balas ke atas pengalas BIO-SERAMIK (yang diltetakkan di dasar tub mandi) berkemampuan menghasilkan Sinar Infra Merah Jauh (FiR) yang cemerlang membantu melancarkan peredaran darah, melembutkan sifat air dan lembut pada kulit, melembutkan sifat air di dalam sel­sel tubuh, berupaya menghasilkan konsep apungan, sebagai anti oksidan dan lain-lain lagi.
Tekanan sekata tersebut akan keluar melalui 300 liang halus pada pengalas Bio-Seramik – menghasilkan buih-buih tercas. Tekanan sekata dan berterusan menghasilkan Gelombang Ultra Sonik Semulajadi yang bersukatan 10000 – 15000 tenaga mikro tremor sesaat bersamaan 1.5 kg urutan teraputik ke setiap kubik sentimeter kulit. Proses ini mampu merangsang sekurang-kurangnya 320 titik akupuntur dan berupaya membuka serta membersih lebih 150,000 pori-pori kulit – Menjadikan toksin dari tubuh mula keluar malah menjadikan kulit/tisu/sel di tubuh menjadi lebih segar dan sihat.
Ozon (O3) yang dihasilkan cukup selamat, 0.05ppm (menepati piawaian Jerman dan antarabangsa), berkemampuan menjadi agen pemutih/pembersih semulajadi, cemerlang sebagai agen penghalang/penyembuh kanser, serta kemampuannya


You Might Also Like

0 comments