MESIN MEDICSPA & KEUPAYAANNYA

By 05:14:00






Mesin MediCspa ini diiktiraf sebagai peralatan perubatan hospital,
Mendapat pengiktirafan sijil CSA, DNV, CE, TUV,

Mudah alih (portable) - boleh dibawa ke mana sahaja jika perlu,

Berat hanya 6 setengah kilogram (berat dikira: termasuk hos penyambung, pengalas seramik atau mat dan kotak),

Lasak dan tidak tiada had penggunaan,

Mudah urus - sesiapa sahaja boleh mengendalikannya – memadai dengan tunjuk cara ringkas,

Mempunyai kotak hitam penghasil ozon sekata bersukatan 0.01-0.03 bahagian persejuta (kadar ozon yang menepati piawaian perubatan),

Tersedia pelaras masa otomatik dan pelaras tekanan buih – memudahkan pengendalian,

Kos tenaga elektrik rendah – hanya 130 miliampere dan Fius 4A digunakan,

Motor di bahagian dalamnya menghasilkan tekanan sekata (kombinasi oksigen+ozon+Ion negatif) berfrekunsi tinggi kira-kira 17 Kilo Hertz,

Tahan lasak dan kesan geseran amat rendah - kipas penghasil tekanan tiada ’ball-bearing’ dan ia akan terapung dengan stabil di kedudukannya bila mesin mula dihidupkan,

Berupaya mengolah dan menghasilkan semua kebaikan SPA Harian seperti kesan membersih menyeluruh atau bodyscrub, facial, massage dan lain-lain lagi menjadi "semua dalam satu" tanpa perlu mengambil masa yang lama iaitu hanya dengan kaedah mandian di dalam tub dalam masa sekitar 15 minit sahaja,

Menghasilkan Ozon-ion negatif dan Oksigen cemerlang yang diperlukan sistem tubuh. Untuk makluman anda, Ozon pula adalah antiseptik yang cukup cemerlang membunuh kuman, bakteria, virus, parasit dan fungus malah mampu menghalang proses pembiakannya 3000 kali lebih cemerlang dari klorin.


Oksigen yang dihasilkan melalui tekanan mesin mediCspa amat hebat iaitu 289 kali lebih cemerlang berbanding oksigen yang ada di persekitaran semulajadi,

Menghasilkan gelombang berfrekunsi tinggi (bersukatan 10,000 - 15,000 mikro tremor tenaga/saat),

Menghasilkan 1,132 buih-buih tenaga setiap saat (kombinasi Oksigen+Ozon dan Ion Negatif) atau ’berjuta-juta buih tenaga’ setiap minit melalui 300 liang halus di pengalas khas(mat).
Buih-buih tenaga tersebut berlanggar sesama sendiri dan pecah. menghasilkan gelombang tenaga supersonik semulajadi di dalam air -  menyamai kebaikan tujahan air terjun yang turun dari atas bukit atau gunung dan menghasilkan kesan urutan terapeutik ke seluruh tubuh atau pada sekurang-kurangnya kepada 320 titik akupunktur utama dengan kekuatan hingga seberat 1.5 kilogram pada setiap kubik sentimeter kulit. Tekanan urutan hidro-pressure atau dikenali Hidro-akupunktur tidak menyakitkan malah cukup merehatkan seluruh tubuh bagi mereka yang menjalani terapi ini.
 

Menghasil tekanan tinggi hingga 46 liter sesaat. Tekanan tersebut menghasilkan gelombang supersonik semulajadi di dalam air dan menjadikan air tersebut air yang bertenaga.
Buih-buih tenaga tersebut berlanggar sesama sendiri dan pecah. menghasilkan gelombang supersonik semulajadi di dalam air -  menyamai kebaikan tujahan air terjun yang turun dari atas bukit atau gunung dan menghasilkan kesan urutan terapeutik ke seluruh tubuh atau sekurang-kurangnya pada 320 titik akupunktur utama di tubuh dengan kekuatan hingga seberat 1.5 kilogram pada setiap kubik sentimeter kulit. Tekanan urutan(hidro-pressure atau juga dikenali Hidro-akupunktur) tidak menyakitkan malah cukup merehatkan seluruh tubuh bagi mereka yang menjalani terapi ini.

Pengalas mandian lembut yang diperbuat dari bahan PVC dan mempunyai bahan seramik khas berupaya menghasilkan Sinar inframerah jauh(FiR) semulajadi yang cemerlang. FiR memberi kesan yang amat baik pada tubuh iaitu dengan merangsang dan memberi tindakbalas terutamanya kepada air mandian di dalam tub dengan melembutkan sifat air panas. Walaupun  panas tetapi lembut dan tidak memeritkan kulit.
Selain itu FiR juga berupaya memperbaik atau meningkatkan kualiti darah dan salur darah dengan kesan getaran mikro yang berterusan – secara semulajadi ’memaksa’ toksin yang ada dalam salur darah keluar secara semulajadi.


Menjalani terapi mandian mediCspa selama 15 minit seolah-olah kita telah bersenam seperti berjalan atau berjogging sejauh 3-5 kilometer,
Membantu membakar 300-500 kalori setiap sesi terapi. Buih-buih tenaga ultrasonik semulajadi mampu membersih kekotoran seperti sel-sel mati atau daki di tubuh secara semulajadi tanpa perlu digosok, disental dan tanpa perlu penggunaan sabun. Daki atau kekotoran akan tertanggal sendiri hasil dari perlanggaran buih tenaga yang berterusan melanggar setiap bahagian tubuh dengan kuat tetapi tidak menyakitkan.


Melalui Sinar inframerah Jauh(FiR) gelombang yang melanggar tubuh menyerap hingga beberapa sentimeter ke dalam tubuh & kemudiannya menukarkan kesan radiasi kepada tenaga haba – proses ini amat berguna membantu melancarkan peredaran darah dan bendalir tubuh dengan lebih baik, meningkatkan suhu tubuh secara sekata untuk memberi panasan dalaman menyeluruh dan lain-lain lagi.

Ia menghasilkan buih-buih tenaga ultrasonik semulajadi di dalam air mandian,
Semua kebaikan ini adalah keupayaan istimewa terapi mediCspa yang memastikan individu dengan kesihatan yang cemerlang,
Sama ada anda sihat atau sakit, kanak-kanak, dewasa atau warga emas, semua boleh menjalani terapi mediCspa tanpa ragu,

Mempunyai alat pemutus litar pantas yang berupaya menghalang sekiranya berlaku sebarang masalah seperti gangguan litar pintas yang tidak diingini – Mesin tersebut akan berhenti secara automatik menjadikan ianya peralatan yang selamat untuk semua,

Ia perlu digunakan bersama-sama Essential Herba & Garam Mineral MOYA yang sesuai (membantu menambah keupayaan penyembuhan sebanyak 25%),

Memberi kesan urutan terapeutik menyeluruh sekurang-kurangnya kepada 320 titik utama akupunktur di tubuh,

Meningkat & memperbaik suhu tubuh dengan sempurna.

You Might Also Like

1 comments

  1. Casino Games Online | DRMCD
    A great selection 동두천 출장안마 of games for mobile and PC make playing mobile 정읍 출장안마 and PC 서귀포 출장안마 accessible. Play casino games on your mobile or tablet, 서울특별 출장안마 or on your computer or smartphone with 평택 출장마사지

    ReplyDelete